ILO Seru Hapuskan Gejala Buruh Kanak-kanak

2023-06-13 15:58:55  CRI
Share with:

Sidang peringkat tinggi Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) di Geneva, Switzerland menyeru masyarakat antarabangsa bertindak menghapuskan gejala buruh kanak-kanak bersempena Hari Menentang Buruh Kanak-Kanak Sedunia  pada Isnin.

Hubung kait antara keadilan sosial dengan usaha menghapuskan gejala buruh kanak-kanak dijadikan fokus pada sidang yang bertemakan  “Keadilan Sosial untuk Semua. Hapuskan Gejala Buruh Kanak-Kanak” kali ini.

Para perwakilan menekankan mendesaknya untuk menghapuskan gejala buruh kanak-kanak sambil membincangkan langkah konkrit untuk meningkatkan keadilan sosial.

Ketua Pengarah ILO, Gilbert F Houngbo ketika menyampaikan ucapan menerusi pautan video berkata bahawa terdapat 160 juta kanak-kanak, iaitu hampir satu persepuluh daripada keseluruhan di dunia terpaksa mencari rezeki dengan tangan sendiri pada masa ini.

 "Kita mesti berjuang menentang gejala buruh kanak-kanak dengan memperjuangkan keadilan sosial yang lebih luas."