Hitamkan China dan Asia Tenggara Tidak Bantu Bersihkan Udara di New York

2023-06-13 16:32:04  CRI
Share with:

Baru-baru ini kita semua dapat lihat keadaan di serata media yang New York seolah-olah dalam gambar yang mempunyai “filter” kuning akibat dilanda jerebu.

 

Ini memang satu berita yang menarik tumpuan dunia sebab kita menyaksikan operasi rutin PBB juga terganggu.

 

Kita sedia maklum yang punca jerebu kali ini adalah daripada kebakaran hutan di Kanada yang telah berlarutan lebih sebulan.

 

Tapi itu saja. Kebakaran hutan di Kanada atau jerebu di New York tidak akan mengganggu kehidupan kita, dan untuk kita nak menyediakan bantuan nampaknya pun tidak masuk akal.

 

Tak sangka jerebu ini nampaknya menyentuh kesensitifan sebahagian orang Barat.

 

CNN menerbitkan rancana yang bertajuk “Smog is choking New York. But for these cities, it's just another day.”

 

Ia memberitahu para pembaca di seluruh dunia bahawa dalam beberapa tahun ini, penduduk di Beijing selalu bernafas dalam udara yang menusuk hidung…

 

Ketika membaca ayat ini, Satria terus jenguk ke jendela dan melihat langit yang biru dan awan yang putih.

 

Rencana CNN memetik indeks IQAir untuk mencerminkan kualiti udara di berapa bandar yang lain, seperti London juga kurang memuaskkan.

 

Tapi ia tidak memberitahu para pembaca bahawa kualiti udara di Beijing telah banyak membaik. Berdasarkan laporan IQAir 2022 yang baru dikeluarkan, kadar PM2.5 di Beijing menurun 20% dalam dua tahun ini dan mencatat tahap terrendah dalam 10 tahun ini.

 

Rencana tersebut juga tidak lupa menghitamkan “banyak negara Asai Tenggara telah biasa terhadap gangguan kehidupan harian ekoran pencamaran udara”, misalnya “lebih 400 buah sekolah di Malaysia terpaksa ditutup pada tahun 2019”.

 

Negara-negara yang turut tersentuh dalam rencana tersebut juga termasuk Thailand, Indonesia, India dan lain-lain.

 

Eh, bukankah jika pencemaran berlaku di New York, apa yang patut media Amerika Syarikat tumpukan adalah mengingatkan penduduknya menjaga kesihatan?

 

Kalau puncanya kebakaran hutan Kanada, Amerika Syarikat sebagai negara jiran bukankah patut menyediakan bantuan untuk mengatasi bencana itu dengan secepat mungkin?

 

Adakah mereka berpendapat bahawa dengan menghitamkan negara-negara lain akan membantu untuk mengurangkan pencemaran udara di New York?

 

Nampaknya, media tempatan mahu menggunakan dengan kaedah tersebut bagi memastikan agenda “Impian Amerika” mereka terus terjaga.

 

“Impian Amerika” yang dipromosi oleh kerajaan dan media Barat dalam puluhan tahun ini memang telah berjaya memujuk ramai migran membanjiri negara itu. Tapi majoriti akhirnya hidup dalam lapisan masyarakat yang paling rendah dan menjadi mangsa diskriminasi.

 

Ketika udara New York menusuk hidung, seorang perantau Vietnam yang hidup di sana memuat naik video di media sosial yang menyatakan ia mengingatkannya kepada tanah airnya. Hashtag yang digunakannya juga termasuk #asian #southeastcountry #poor dan lain-lain yang meremehkan tempat asal usulnya.

 

Sambil berasa amat marah dan malu atas pengkhianat macam ini, Satria juga berasa sedih atas kehidupan gadis Vietnam ini yang jelas kurang memuaskan di sana, sehingga terpaksa menghitamkan kampung halamannya sendiri untuk menarik tumpuan dan mendapat rezeki dari Barat.

 

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.

 

Ya, negara kita memang ada kekurangnya, tapi kerajaan dan penduduk di sini selalu berjuang untuk berkembang maju, menjadikan negara kita semakin baik.

 

Amerika Syarikat memang kuasa terbesar di dunia, tapi ia juga menghadapi pelbagai jenis masalah. Dan menghitamkan negara lain atau meletakkan gangguan kepada pembangunan negara lain tidak membantu menyelesaikan masalah dihadapi oleh AS sendiri.