Kongres Tapak Simpanan Biosfera Dunia 2025 di Hangzhou

2023-06-13 16:00:55  CRI
Share with:

Kongres Tapak Simpanan Biosfera Dunia Ke-5 dijadualkan buat kali pertama di rantau Asia Pasifik, iaitu di Hangzhou, China pada 22 hingga 28  September tahun 2025.

Keputusan ini diumumkan  dalam sesi perbahasan Sidang Ke-35 Majlis Penyelaras Antarabangsa Program Manusia dan Biosfera (MAB) Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) semalam.

Dimaklumkan, persidangan antarabangsa yang diadakan sekali pada  setiap dekad itu merupakan yang skalanya paling besar dalam kerangka MAB, dan  bertujuan menyimpulkan perkembangan fasa lalu, menetapkan strategi pembangunan fasa selanjutnya dan mengeluarkan rancangan global. 

Setelah memeterai program MAB pada tahun 1973, China telah menubuhkan satu jawatankuasa MAB di peringkat kebangsaan pada tahun 1978.  Setakat Mei tahun 2023, terdapat sebanyak 34 zon perlindungan alam China yang tersenarai sebagai Tapak Simpanan Biosfera Dunia UNESCO, iaitu yang paling banyak di benua Asia.