Mengapa Messi Dapat Sambutan Gila-gilaan di China
Tiket perlawanan bola sepak antara Argentina dan Australia pada 15 Jun habis dijual sejurus bermulanya penjualan pusingan pertama berikutan Lionel Messi yang dianggap sebagai “Raja Bola Sepak” Argentina akan beraksi dalam perlawanan tersebut.
Messi mendapat sambutan yang gila-gilaan di China tidak terlepas dari hubungan persahabatan antara China dengan Argentina yang mendalam yang sudah wujud sekian lama dan rasa mesra di kalangan rakyat.
Sebelum terjalinnya hubungan diplomatik China-Argentina pada tahun 1972, sudah wujud pertukaran kebudayaan dan komunikasi di kalangan rakyat kedua-dua negara.
Sebagai dua negara membangun besar di dunia, China dan Argentina saling menyokong dalam usaha memelihara kedaulatan negara dan keutuhan wilayah setelah hubungan diplomatik dijalinkan. Kedua-dua negara yang mempunyai kebersamaan dalam bidang pembangunan ekonomi dan peningkatan taraf hidup rakyat ini, terus menyaksikan hubungan bilateral berkembang ke arah yang semakin rapat.
Khususnya dalam tempoh sedekad lalu, kedua-dua negara berusaha bersama untuk memperkasa kerjasama dalam pembinaan Inisiatif Jalur dan Laluan dan melawan COVID-19 sehingga hubungan bilateral berkembang dari “sahabat yang jauh” ke perkongsian strategik komprehensif.
Pertukaran dalam sektor sosiobudaya diibaratkan sebagai “jambatan” untuk mengeratkan hubungan rakyat China-Argentina.
Menyentuh tentang bidang bola sepak, mendiang Diego Maradona sebagai bintang yang asal dari Argentina, pernah banyak kali melawat ke China pada tahun 1990an, misalnya pernah mengetuai pasukan bola sepak Boca Juniors Argentina beraksi sebanyak dua kali dalam perlawanan di Beijing dan Chengdu, sekali gus memamerkan daya tarikan bola sepak ke golongan peminat China. Pada masa sekarang, lawatan Messi ke China sebanyak tujuh kali pula dianggap sebagai pewarisan persahabatan China-Argentina dalam bidang bola sepak.
Presiden Argentina Alberto Fernández dalam rangka lawatannya di China untuk menghadiri majlis perasamian Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing, menerusi kenyataan bersama China-Argentina berkata, kedua-dua negara akan terus menggalakkan kerjasama dan pertukaran dalam bidang kebudayaan, pendidikan, pelancongan dan sukan.
Kedatantgan Messi ke China untuk menyertai perlawanan kali ini dilihat membawa makna yang luar biasa, kerana bintang bola sepak kelas dunia ini bukan sahaja mencetuskan fenomena riang gembira di golongan peminat negara ini, tetapi juga memberi faedah bagi menggalakkan pertukaran dan kerjasama kedua-dua negara dalam bidang sukan dan kebudayaan, malah membantu rakyat kedua-dua negara saling mengenali dan memupuk jalinan kasih.