Hari Derma Darah Sedunia yang ke-20

2023-06-14 15:05:03  CRI
Share with:

Hari ini, 14 Jun merupakan Hari Derma Darah Sedunia yang ke-20 dan tema pada tahun ini adalah "Give blood, give plasma, share life, share often".

Darah yang selamat adalah sumber perubatan yang berharga dan amat diperlukan, dan ia merupakan jaminan penting untuk menyelamatkan nyawa.

Aktiviti menderma darah dalam kuantiti yang selamat tidak akan menjejaskan kesihatan badan, malah ia juga memberi harapan kepada mereka yang memerlukan darah untuk terus hidup.

Dengan pelbagai saluran maklumat yang sedia ada, adalah diharapkan agar lebih ramai individu mempunyai pemahaman yang betul tentang aktiviti derma darah, seterusnya menyertai kegiatan yang mulia ini.