Tamadun China dalam Teks Klasik

2023-06-15 16:02:48  CRI
Share with:

“弟子规,圣人训。首孝悌,次谨信”yang bermaksud, sebagai kanak-kanak, taat kepada ibu bapa adalah keutamaan, dan janji kepada orang lain wajib dikotakan. 

 

“人之初,性本善。性相近,习相远” pula bermaksud, ketika manusia dilahirkan, semuanya berbudi bahasa, namun, persekitaran kehidupan akan membawa pengaruh yang berbeza kepada sifat setiap orang.

 

Secara asasnya, semua orang China sangat fasih tentang kedua-dua bait yang Satria kongsikan tadi kerana sudah diajar sejak tadika.

 

Yang menarik, meskipun sudah diajar Konfusius, seorang ahli falsafah China yang terkenal sejak lebih 2500 tahun, tapi ia masih hidup dalam masyarakat moden.

 

Dalam buku teks sekolah rendah dan sekolah menegah China juga terdapat banyak teks klasik yang telah bersejarah ratusan hingga ribuan tahun yang perlu dihafal serta diamalkan oleh para pelajar pada zaman sekarang. Sebab dalam teks-teks klasik tersebut mengandungi budaya dan semangat bangsa China yang terbentuk sejak ribuan tahun.

 

Misalnya filem “Full River Red” atau “Man Jiang Hong” ditayangkan sempena tahun baharu China.

 

“Man Jiang Hong” adalah sajak yang dihasilk oleh Yue Fei, pahlawan dalam perang melawan kaum pengembara dari utara pada Dinasti Song(tahun 960 hingga 1279).

 

Si Kecil pernah membaca kisah mengenai Yue Fei, oleh itu dia meminta Satria membawanya menonton filem itu. Jadi Satria mengenakan satu syarat, jika dia mampu mendeklamasi sajak “Man Jiang Hong”, Satria akan tunaikan permintaannya.

 

Sebab sajak yang tertulis pada Dinasti Song penuh semangat untuk berkorban diri bagi mempertahankan tanah air.

 

Mengikuti berkembangan sejarah dalam 1000 tahun ini, tentulah Dinasti Song akhirnya runtuh jua.  Bagaimanapun, kaum pengembara yang dulu dilawan oleh Yue Fei kini telah menjadi sebahagian daripada bangsa China, dan semangat Yue Fei dihargai oleh semua orang China.

 

Dalam sejarah China juga banyak karya yang dihasilkan dengan menggambarkan pemandangan, tapi di sebaliknya memperlihatkan tata nilai penyajak dan pandangannya terhadap situasi semasa.

 

Misalnya “Huang He Lou Ji” yang menggambarkan Menara Huang He di bandar Wuhan dan “Teng Wang Ge Xu” yang menggambarkan Menara Raja Teng di bandar Nanchang.

 

Baru-baru ini, destinasi pelancongan di kedua-dua tempat turut mengadakan aktiviti, pelancong yang fasih mendeklamasi teks klasik mengenai detinasi itu boleh masuk secara percuma.

 

Satria yakin teks-teks klasik tersebut akan terus ‘mengalir’ di sini dalam seribu tahun akan datang, sebab mereka mencatat pemandangan, adat resam, tata nilai dan semangat bangsa ini, serta mengingatkan kami mengapa tamadun di sini boleh berlarutan sepanjang 5000 tahun.

 

Kami tidak merendah-rendahkan budaya lain, sebab budaya China adalah penggabungan begitu banyak budaya sama ada dari tempatan mahupun yang datang dari luar.

 

Tapi,