"Tukar Watak", Trend Hari Bapa Sedunia
2023-06-16 13:43:50 CRI
Menjelang sambutan Hari Bapa Sedunia pada 18 Jun, salah satu idea yang dikongsikan oleh warganet China adalah untuk "bertukar watak", iaitu antara anak dengan bapa masing-masing.
Dalam video yang dirakam ini, bapa-bapa telah cuba mengenakan fesyen yang biasa dipakai anak-anak mereka, dan kesemuanya kelihatan sungguh 'trendy' dan tampan.
Semoga masa tidak berlalu terlalu pantas dan diharapkan agar semua bapa di dunia sentiasa sihat dan sejahtera.