Siapa pun Tidak Layak Jadi Hakim dalam Isu Hak Asasi Manusia

2023-06-16 14:41:57  CRI
Share with:

Ketika menghadiri Forum Tadbir Urus Hak Asasi Manusia Sejagat di Beijing, Naib Speaker Parlimen Uzbekstan yang juga Ketua Pengarah Pusat Hak Asasi Manusia Negara, Akmal Saidov telah menyanjung tinggi saranan Presiden China, Xi Jinping.

Presiden Xi dalam surat tahniahnya kepada forum itu mengesyorkan bahawa melindungi hak asasi manusia dengan keselamatan, menggalakkan hak asasi manusia dengan pembangunan, dan mendorong hak asasi manusia dengan kerjasama, manakala mengamalkan nilai-nilai yang terkandung dalam Inisiatif Keselamatan Global, Inisiatif Pembangunan Sejagat dan Inisiatif Peradaban Sejagat. Inilah suara China yang terkini mengenai tadbir urus hak asasi manusia sejagat.

Dalam forum ini, para hadirin menganggap bahawa Inisitif Keselamatan Sejagat sangat realistik bagi menyempurnakan tadbi urus hak asasi manusia sejagat. Ketua editor majalah "Free Thought" Perancis, Jean-Pierre Page dengan mengambil isu Ukraine sebagai contoh menganggap bahawa China secara konstruktif menggesa keamanan dan menggalakkan dialog , merupakan tindakan yang amat penting dalam menangani isu itu.

Hanya dengan mempertimbangkan keprihatinan pelbagai pihak dalam membina rangka keselamatan yang merangkumi pelbagai aspek, barulah dapat menyelesaikan krisis itu dengan seawal mungkin.

Pembangunan merupakan asas keterjaminan hak asasi manusia. Dalam bidang ini, China berjaya membantu seramai 770 juta petani yang menghuni di desa membebaskan diri daripada belenggu kemiskinan, sedekad lebih awal untuk merealisasikan sasaran pembasmian kemiskinan yang termaktub dalam Agenda Pembangunan Mapan Tahun 2030 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), dan selanjutnya memperjuangkan matlamat baharu yakni mewujudkan kemakmuran bersama semua rakyat.

Usahawan Perancis, Arnaud Betrand pernah melawat banyak tempat di China,  dan terkagum dengan hasil yang dicapai China dalam memberikan bantuan kepada golongan miskin. Katanya, "itulah kejayaan yang paling besar dan cepat dalam kempen pembasmian kemiskinan dalam sejarah dunia". Dalam sebuah forum yang lain baru-baru ini, beliau menyatakan bahawa China menghulurkan hampir semua dananya ke dalam pelaksanaan projek memakmurkan negara, meningkatkan kesejahteraan rakyat dan membantu mereka mengatasi masalah hidup, dan berusaha memastikan kehidupan rakyat dalam suasana stabil, makmur dan bebas terjamin.

Memastikan keterjaminan hak asasi manusia merupakan hasrat bersama umat manusia, dan tidak boleh dipolitikkan atau diperalatkan. China menganggap bahawa mana-mana negara pun tidak layak jadi hakim dalam isu hak asasi manusia sejagat, dan setiap negara berhak memilih jalan untuk membangunkan hak asasi manusia secara mandiri.

Sepanjang proses pembangunan dan pemodenan ala China dipergiatkan, China bersedia bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk menyempurnakan tadbir urus hak asasi manusia global supaya rakyat China  dapat menikmatik kehidupan yang lebih baik sedangkan rakyat di negara lain pun dapat menikmati keterjaminan hak asasi yang kian baik.