“Tiga Pendirian” China Dapat Penghargaan Tinggi di Asia Barat

2023-06-16 11:41:39  CRI
Share with:


Baru-baru ini, media rantau Asia Barat seperti akhbar AI-Goumhouria, Mesir dan AL Jazeera, Qatar telah memberi penghargaan tinggi terhadap tiga pendirian yang dikemukakan China berkaitan masalah Palestin.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang sekarang ini berada dalam jadual lawatan rasmi selama 4 hari bermula Selasa (13 Jun) di China, merupakan pemimpin dari negara Arab yang pertama melawat ke China pada tahun ini. Presiden China Xi Jinping telah mengadakan perincangan dengan “sahabat lama dan kawan baik rakyat China” ini pada petang Rabu lalu, dan kemudian mereka bermsa-sama mengumumkan terjalinnya hubungan rakan strategik antara kedua-dua negara.

Dengan adanya “reka bentuk peringkat atap” berkaitan pembangunan hubungan bilateral yang baru dibuatkan ini, kerjasama pelbagai bidang antara kedua-dua negara dijangka akan melonjak ke satu tahap yang baharu, menurut penganalisisan berkenaan.

Dalam pada itu, “tiga pendirian” yang dikemukakan Presiden Xi memperlihatkan lagi China menyokong usaha keadilan rakyat Palestin untuk memulihkan hak dan kepentingan kebangsaan yang sah.

Pada pendapat pihak China, jalan keluar untuk menyelesaikan masalah Palestin adalah menubuhkan negara Palestin yang berdaulat sepenuhnya berdasarkan sempadan ditetapkan pada 1967 dan Baitulmuqaddis Timur dijadikan ibu kotanya. Inilah sebenarnya kandungan penting dalam Inisiatif Keamanan Arab, yang juga dikenali sebagai “penyelesaian dua negara” oleh masyarakat antarabangsa.


Pada waktu yang sama, China menegaskan bahawa keterjaminan hidup rakyat Palestin patut diambil berat dan dipastikan. Oleh itu, masyarakat antarabangsa perlu meningkatkan bantuan kemanusiaan dan pembanguan kepada negara itu.

Dalam konteks membantu Palestin, China tidak pernah berhenti dalam mengadakan tindakan yang substantif. Kedua-dua pihak menandatangani MOU persefahaman pembinaan bersama dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) pada 2022. Jumlah perdagangan bilateral China-Palestin telah meningkat 23.2% pada tahun itu, dengan mencapai USD158 juta.

Menurut kenyataan bersama kedua-dua pihak yang dikeluarkan baru-baru ini, kerjasama BRI akan terus dipergiatkan, manakala China akan terus memberi bantuan kemanusiaan kepada Palestin untuk menyokong pembinaan berkaitan masalah hidup rakyat dan pembangunan negaranya.