Buahkan Hasil Melimpah dalam Kerjasama China-ASEAN

2023-06-16 13:23:31  CRI
Share with:

China komited terus memperkasakan koordinasi dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) sejajar dengan Pelan Induk mengenai Kesalinghubungan ASEAN 2025, bagi membuahkan hasil melimpah dalam kerjasama yang sama menang dengan ASEAN. Demikian kata jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang media pada Khamis.

Wang berkata, tahun ini ulang tahun ke-10 cadangan Presiden China Xi Jinping tentang membina komuniti berkongsi nasib China-ASEAN yang lebih rapat.

“China dan negara-negara ASEAN berturut-turut melakar hasil yang menggalakkan dalam pembinaan bersama BRI.

“Hasil daripada penguatkuasaan RCEP, perdagangan antara China dan negara-negara ASEAN pada tahun 2022 meningkat sebanyak 15 peratus berbanding tempoh sama tahun 2021 dengan melebihi RMB6.52 trilion (RM4.2 trilion). China dan ASEAN menjadi rakan dagang terbesar antara satu sama lain selama tiga tahun berturut-turut.

“Dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, ASEAN kekal sebagai rakan dagang terbesar China dengan perdagangan dua hala meningkat 9.9 peratus berbanding tempoh sama tahun 2021 dengan mencecah RMB 2.59 trilion (RM1.67trilion).

“Kami (China) bersedia mengekalkan trend perkembangan kerjasama yang baik, menggalakkan pembinaan bersama BRI ke arah berkualiti tinggi, merealisasikan kesalinghubungan pada tahap yang lebih tinggi dan membentuk komuniti berkongsi nasib China-ASEAN yang lebih rapat,” kata Wang.