Kejohanan Kayak Antarabangsa China-ASEAN Terbuka 2023 Bakal Diadakan di Guangxi
Kejohanan Kayak Antarabangsa China-ASEAN Terbuka 2023 akan diadakan di sungai Yongjiang, bandar Nanning, wilayah Guangxi pada 21 Jun dan kemudian Kejohanan Perahu Naga Nanning Terbuka pada 22 Jun. Kedua-dua temasya sukan akuatik itu dipercayai akan memeriahkan suasana sambutan Pesta Duanwu (Pesta Perahu Naga atau Pesta Ketupat).
Difahamkan, Kejohanan Kayak Antarabangsa China-ASEAN Terbuka 2023 yang terdiri daripada dua acara perlumbaan yakni lorong lurus 200 meter dan acara jarak jauh, akan diserikan dengan kehadiran seramai 326 orang atlet kayak profesional dan amatur dari China, Vietnam, Kemboja, Thailand dan sebagainya dalam tempoh penganjurannya selama sehari.
Selain itu, lebih 700 atlet dari 36 pasukan akan beraksi dalam Kejohanan Perahu Naga Nanning bagi menunjukkan prestasi terbaik dalam perlumbaan dua acara, iaitu lorong lurus 200 meter dan lorong lurus 300 meter di sungai Yongjiang sempena berlangsungnya karnival Pesta Duanwu.