Kenali China yang Mesra Melalui Gejala 'Messi Fever'

2023-06-19 16:06:21  CRI
Share with:

Cuaca di Beijing amat panas baru-baru ini. Tetapi yang lebih panas adalah kedatangan Lionel Messi ke kota kuno ini.

"Peminat bola sepak yang teruja", "suasana yang riang gembira" dan "sikap yang peramah dan mesra"... Inilah antara perkataan yang digunakan media asing termasuk AP dan Reuters dalam laporan mengenai kunjungan Messi ke Beijing.

'Messi Fever' di Beijing menjadi tular di media sosial dan ia membolehkan dunia mengenali China yang sebenar dan mesra.

Menyingkap kembali lawatan pasukan bola sepak Argentina selama lima hari di Beijing, pertandingan antara pasukan itu dengan pasukan Australia di Stadium Pekerja Beijing pada malam 15 Jun adalah yang paling menarik perhatian.

Ramai penonton memakai jersi nombor 10 pasukan Argentina dan menjerit nama Messi. Manakala jersi yang dipakai pemain Argentina pula bertulis nama masing-masing dalam bahasa Mandarin. Ini membuatkan para peminat China berasa amat mesra.

Terdapat media asing yang mengulas bahawa Messi dan pasukan Argentina telah menjadi 'tuan rumah' pertandingan persahabatan tersebut. Seperti yang dinyatakan oleh Messi bahawa beliau dapat merasai keramahan dan kemesraan para peminat dari China sepanjang berada di bandar ini.

Gejala 'Messi Fever' kali ini membolehkan dunia melihat percintaan rakyat China terhadap bola sepak dan sukan, merasai keterbukaan, kemesraan dan keramahan rakyat, serta mengetahui kedinamikan dan kecergasan negara ini.

Lawatan Messi ini menjadi satu jendela bagi dunia untuk lebih mengenali China. Seperti kenyataan Messi kepada kanak-kanak China, "nikmatilah bola sepak, kamu akan mempunyai lebih banyak sahabat".