Penduduk Okinawa Bantah Pelan Pemindahan Pangkalan Tentera AS

2023-06-19 13:54:27  CRI
Share with:

Penduduk dari Okinawa, Jepun berhimpun di Henoko, bandar Nago pada Ahad, membantah rancangan pemindahan pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) ke kawasan tersebut.

Lebih 7,000 hari sudah berlalu sejak bantahan itu disuarakan untuk kali pertama kepada kerajaan pusat Jepun, menerusi satu perhimpunan pada April 2004.

Untuk rekod, tentera AS di Jepun mempunyai ekstraterialiti dan tidak tertakluk kepada undang-undang Jepun.

Penduduk tempatan Okinawa mengalami gangguan akibat masalah pangkalan tentera AS seperti insiden keselamatan, bunyi bising pesawat, dan jenayah tentera AS sejak sekian lama.

Oleh itu, kerajaan Jepun dan AS memutuskan untuk memindahkan pangkalan tentera AS dari Futenma ke Henoko, bandar Nago, di mana projek penambakan perlu dilakukan dan dua landasan terbang perlu dibina.

Sehubungan dengan itu, penduduk Okinawa membantah keras rancangan pemindahan tersebut dan menuntut agar pangkalan tentera AS dipindah ke luar kawasan tersebut.