5 Maut Kes Tembakan di AS

2023-06-19 11:46:02  CRI
Share with:

Sekurang-kurangnya 5 orang terbunuh dan lebih 40 lagi cedera dalam insiden tembakan yang berlaku di Illinois, California, dan Washington Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu dan Ahad lalu.

Menurut data laman sesawang Arkib Keganasan Senjata AS, sejak awal tahun ini hingga 18 Jun waktu tempatan, insiden berkaitan senjata api telah meragut 19,768 nyawa di negara itu, dan 16,813 lagi cedera. Antaranya 310 kes menyebabkan kematian lebih daripada empat orang kecuali penembak.