Maaf Messi, Kami Mesti Satukan Taiwan Seawal Mungkin

2023-06-19 15:08:15  CRI
Share with:

Minggu lalu, musim panas di Beijing dihangatkan lagi dengan kedatangan  Leo Messi, dan rakan-rakan sepasukan Argentina dalam satu perlawanan menentang Australia.

 

Di segenap media sosial, waima antarabangsa atau tempatan, kita boleh saksikan bahawa kehadiran beliau dan rakan-rakan mendapat sambutan hangat oleh peminat bola sepak di China.

 

Mesti anda rasa yang hari ini Satria mahu ulas berkenaan insiden viral ‘peminat lari ke stadium untuk bertemu Leo’ kan? Isu itu menarik, tetapi ada perkara ‘kecil’ yang lebih tertarik untuk Satria ulas.

 

Ketika Leo mula sampai di Beijing, beliau dan rakan-rakan ‘tersidai’ di kastam selama dua jam ekoran masalah visa, dan ia juga menjadi tumpuan ramai.

 

Untuk rekod, Leo memegang pasport Argentina dan Sepanyol. Pelancong yang memegang pasport Argentina boleh mendapatkan “visa on arrival” ketika memasuki kastam China. Bagaimanapun, Leo membawa pasport Sepanyol dan meninggalkan pasport Argentina dalam bagasi.

 

Sebenarnya, ini adalah isu teknikal dan bukan kesilapan Leo. Sebelum ini beliau pernah melawat Taiwan dengan membawa pasport Sepanyol, dan beliau tidak memerlukan visa ketika memasuki kastam di sana.

 

“Bukankah Taiwan sebahagian daripada China?” tanya Leo.

 

Maaf Leo, Taiwan memang sebahagian daripada China. Namun, oleh kerana adanya gangguan sesetengah negara, penyatuan China belum lagi berhasil, dan oleh sebab itulah terdapat dasar visa yang berbeza di Tanah Besar dan Taiwan.

 

Tapi, kami janji akan berusaha menyatukan Taiwan dengan Tanah Besar secepat mungkin supaya tiada gangguan lagi bagi Leo untuk melawat ke seluruh negara China.

 

Sebagai seorang atlet, Leo Messi nampaknya lebih memahami Taiwan adalah sebahagian daripada China berbanding pemimpin sesetengah negara. Sebab, meskipun terdapat suara lantang sebahagian tokoh politik atau media Barat menyokong “kemerdekaan Taiwan”, di arena temasya sukan antarabangsa hanya ada “Chinese Taipei”.

 

Taiwan dan Tanah Besar sama sebagai sebahagian dari China, tapi pelaksanaan dasar kastam yang berbeza ini memang mengelirukan rakan-rakan dari negara luar.

 

Kalau di Malaysia, mungkin ada sedikit persamaan antara Semenanjung Malaysia dan Sarawak.

 

Keadaan ini ekoran Armada No.7 Amerika memasuki Selat Taiwan untuk mengganggu penyatuan terhadap Pulau Taiwan, wilayah yang diduduki oleh rejim Kuomintang yang melarikan diri dari Tanah Besar.

 

Hari ini, campur tangan dari Amerika diteruskan, tapi bukan lagi masalah bagi China untuk menyatukan Taiwan dengan kekuatan ketenteraan. Cuma perang saudara telah berhenti lebih 70 tahun, kami pun tidak mahu menjejaskan kedamaian di Selat Taiwan bahkan serantau.

 

Orang China tidak boleh berperang dengan orang China lagi, penyatuan secara damai menjadi pilihan utama bagi kerajaan pusat China,

 

Bagaimanapun, kumpulan pemisah di Pulau Taiwan dan kuasa seberang laut yang menyokong “kemerdekaan Taiwan” tetap meningkatkan risiko perang. Dan penundaan usaha penyatuan dengan tiada batasan waktu jelas telah membawa gangguan dan kebimbangan kepada ramai orang.