Empat Maut Kes Tembakan di Idaho

2023-06-20 12:02:51  CRI
Share with:

Empat orang terbunuh dalam kes tembakan di bandar Kellogg, Idaho, Amerika Syarikat (AS) pada malam 18 Jun.

Menurut polis tempatan, penguatkuasa undang-undang menemui empat mangsa korban di tempat kejadian dan menahan seorang suspek lelaki berusia 31 tahun. Identiti mangsa dan suspek masih belum dikenal pasti.

Media AS melaporkan, kes-kes tembakan berlaku di beberapa tempat di negara itu, mengakibatkan berpuluh-puluh kematian dan kecederaan pada hujung minggu lalu.