Sekurang-kurangnya 6 Maut Kes Tembakan di AS

2023-06-21 13:51:38  CRI
Share with:

Sekurang-kurangnya 6 orang terbunuh dan 9 lagi cedera dalam insiden tembakan yang berlaku di beberapa tempat di Amerika Syarikat (AS) pada 18 Jun.

Menurut data laman sesawang Arkib Keganasan Senjata Api AS, sejak awal tahun ini hingga 20 Jun waktu tempatan, insiden berkaitan senjata api telah meragut 20,010 nyawa di negara itu, dan 17,093 lagi cedera. Antaranya 318 kes menyebabkan kematian lebih daripada empat orang kecuali penembak.