AS Harus Bertindak Betul Mantapkan Hubungan dengan China

2023-06-21 14:30:15  CRI
Share with:

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken telah mengadakan lawatan dua hari ke China mutakhir ini. Presiden AS Joe Biden mengulas lawatan Blinken ini sebagai berkata "kami berada pada landasan betul."

Pemerhati menyatakan bahawa China sentiasa mengambil sikap bertanggungjawab untuk memantapkan hubungan China-AS, dan pihak AS turut menunjukkan sikap sehaluan dengan China sempena lawatan Blinken kali ini.

Presiden China, Xi Jinping dan Presiden AS Biden mencapai siri konsensus penting ketika bertemu di Bali, Indonesia pada November lalu, dan ia menyediakan suasana baik bagi dialog selanjutnya kedua-dua negara.

Perkara yang paling penting dalam hubungan China-AS adalah untuk mengamalkan prinsip anjuran Presiden Xi iaitu saling menghormati, hidup bersama secara damai, dan kerjasama menang-menang. Ini bukan sahaja menegaskan bahawa China tidak akan mengikut laluan lama Barat iaitu "negara yang kuat pasti akan mengejar hegemoni", tetapi juga menunjukkan keazaman teguh China untuk tidak menerima kekangan luar.

Isu Taiwan ialah isu teras dalam kepentingan teras China, dan juga isu paling utama dalam hubungan China-AS. China menggesa AS untuk benar-benar mematuhi prinsip satu China yang ditetapkan dalam tiga pengumuman bersama China-AS, menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah China, dan dengan tegas menentang 'kemerdekaan Taiwan'.

Dalam pada itu, China menggesa AS untuk berhenti mengheboh-hebohkan 'teori ancaman China', menarik balik sekatan sepihak haram terhadap China, dan berhenti mengekang pembangunan sains dan teknologi China. China tidak takut akan persaingan, tetapi menentang sebarang kegiatan menyekat hak pembangunan sah negara lain beralasan persaingan, dan menentang untuk mendefinasi hubungan China-AS sebagai persaingan semata-mata.

Jika dilihat dari masa dahulu, AS tidak kekurangan sikap untuk menambah baik hubungan dengan China, tetapi apa yang tiada adalah tindakan konkrit. Diharapkan AS akan mengota janjinya dan bertindak untuk mendorong hubungan China-AS kembali ke landasan betul.