Guterres Seru Dunia Beri Bantuan kepada Pelarian

2023-06-21 14:24:48  CRI
Share with:

Sempena sambutan Hari Pelarian Sedunia yang jatuh pada 20 Jun, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyeru masyarakat antarabangsa agar terus memberi tumpuan kepada situasi pelarian global, dan berusaha membantu pelarian pulang ke kampung halaman mereka dan menjalani kehidupan yang aman.

Guterres berkata, pada masa ini terdapat lebih 100 juta orang di serata dunia terpaksa meninggalkan kampung halaman mereka kerana konflik, penindasan, kelaparan atau bencana iklim, dan mereka masih menghadapi ancaman kekerasan, eksploitasi, dan diskriminasi.

Oleh itu, beliau menyeru masyarakat antarabangsa agar mengambil tanggungjawab yang lebih besar dalam melindungi dan membantu pelarian, di samping itu bersama-sama menetapkan pelan penyelesaian bagi isu pelarian, dan membantu pelarian membina semula kehidupan bermaruah.

Untuk rekod, tema Hari Pelarian Sedunia tahun ini ialah "Hope Away From Home".