37 Cedera Dalam Letupan di Paris

2023-06-22 10:57:53  CRI
Share with:

Sekurang-kurangnya 37 orang cedera dalam insiden letupan sebuah bangunan di Paris, Perancis pada pukul 5.00 petang Rabu waktu tempatan. Insiden itu turut menyebabkan bahagian tepi bangunan berkenaan runtuh.

Menteri Dalam Negeri Perancis, Gerald Darmanin memberitahu bahawa ada empat mangsa cedera parah dan kini dalam kadaan kritikal.

Menurut sumber, kemalangan itu kemungkinan berpunca daripada kebocoran gas di bangunan berkenaan.