Lima Maut dalam Letupan Kapal Selam Titan

2023-06-23 11:54:51  CRI
Share with:

Kapal selam Titan yang dilaporkan hilang semasa meneroka sisa bangkai kapal persiaran Titanic, mengalami "letup dahsyat" dan kesemua lima penumpang disahkan meninggal.

Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) hari ini menyatakan bahawa ekspedisi itu dikendalikan oleh Ocean Gate Exploration Company. Kapal selam Titan melakukan penyelaman di tempat kira-kira 1,450 kilometer dari timur Cape Cod, Massachusetts pada 18 Jun lalu, dan hilang hubungan kira-kira 1 jam 45 minit selepas berlepas.