Hubungan China-Amerika Latin Beri Manfaat kepada Rakyat

2023-06-24 14:48:00  CRI
Share with:

Persidangan Tahunan ke-53 Pertubuhan Negara-negara Amerika (OAS) diadakan di Washington, Amerika Syarikat (AS) pada 21 hingga 23 Jun.

Duta Besar China ke AS, yang juga Pemerhati Tetap di OAS, Xie Feng, mengetuai delegasi kerajaan China untuk menyertai persidangan tersebut.

Ketika dijemput memberi ucapan, Xie Feng telah memperkenalkan modenisasi ala China dan pencapaian China dalam hak asasi manusia dan demokrasi. Beliau menekankan bahawa China dengan tegas menempuh jalan pembangunan hak asasi manusia yang mengikuti arus sezaman dan sesuai dengan keadaan di negara sendiri.

Selain itu, Xie Feng memberikan penilaian positif terhadap hubungan antara China dan negara-negara Amerika Latin. Beliau menyatakan bahawa di bawah pimpinan pemimpin kedua-dua pihak, hubungan China-Amerika Latih telah memasuki era baharu yang berteraskan prinsip sama rata, saling menguntungkan, inovasi, keterbukaan, dan memanfaatkan rakyat. Kerjasama antara China dan Amerika Latin telah memberi limpahan manfaat yang besar kepada rakyat di rantau berkenaan.