Rundingan Pusingan Ketiga CAFTA 3.0 Sasar Tingkat Tahap Perkongsian Strategik

2023-06-26 15:11:58  CRI
Share with:

Majlis Perasmian Rundingan Pusingan Ketiga Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) versi 3.0 diadakan di Kunming, provinsi Yunnan pada Ahad.

 

Rundingan yang dijadual berlangsung selama empat hari itu disertai oleh sekitar 370 pegawai dari badan-badan yang berkaitan di China, 10 negara ASEAN dan Sekretariat ASEAN.

 

Naib Menteri Perdagangan China, Wang Shouwen dalam ucaptamanya menyatakan bahawa pembinaan CAFTA versi 3.0 akan meningkatkan tahap perkongsian strategik komprehensif secara menyeluruh.

 

"Dengan mengintensifkan kerjasama kedua-dua pihak dalam bidang ekonomi digital, ekonomi hijau serta rantai bekalan dan rantai industri, ia akan mendorong pembangunan hubungan ekonomi dan perdagangan yang berkualiti tinggi, selain menggalakkan proses integrasi ekonomi serantau," ujar beliau.

 

Wang yang juga merangkap Wakil Rundingan Antarabangsa Kementerian Perdagangan menambah bahawa China bersedia berusaha bersama dengan pelbagai pihak dari ASEAN mempertingkat tahap keterbukaan dan kerjasama CAFTA versi 3.0, serta mencapai perjanjian yang inklusif, moden, komprehensif dan saling untung.