HSR Jakarta-Bandung Wujudkan "Kelajuan China" di Asia Tenggara

2023-06-26 15:23:14  CRI
Share with:

Beberapa hari ini susur masa di Facebook Satria meriah dengan perkongsian video oleh rakan-rakan dari Indonesia tentang ujian operasi bersepadu HSR Jakarta-Bandung yang kelajuannya berjaya mencecah 386 kilometer sejam.

 

Dan, keterujaan rakyat Indonesia dapat dilihat apabila ada yang memuat naik video sedang mendirikan syiling dalam gerabak ketika kerera api bergerak begitu laju.

 

Tahniah Satria ucapkan.

 

Sejujurnya, Satria sangat memahami kegembiraan dan kebanggaan kawan-kawan Indonesia, sebab ia mengingatkan yang Satria juga pernah mengambil video seperti itu ketika HSR baru beroperasi di China.

 

Satria masih ingat yang Satria pernah khusus mengambil video menempah KFC dalam HSR untuk kongsi dengan kawan-kawan di Facebook.

 

Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman dan Investasi, Luhut Binsar Pandjaitan dan Menteri Pengangkutan Indonesia, Budi Karya Sumadi telah menaiki HSR pada 22 Jun. Manakala, Presiden Jokowi juga berancang menaiki HSR ini pada bulan Julai.

 

“Projek ini banyak menjimat peruntukan sebab banyak bahan yang diperlukan dari syarikat hilir domestik, tak perlu import. Jadi ia akan membolehkan kita terus mengikuti China, yang jauh lebih maju daripada kita, tapi juga bersedia berkongsi teknologi mereka dengan kami.” Luhut berkata.

 

HSR dilihat sebagai tanda kelajuan China. Ini bukan hanya bermakna kelajuan operasi kereta api yang laju, juga memperlihatkan keefisienan pembinaan infrastruktur yang terdapat dalam segenap elemen di HSR.

 

Kini kelajuan China juga boleh terwujud di Asia Tenggara.

 

Satria masih ingat semasa datang ke Beijing untuk melanjutkan pengajian di universiti pada tahun 2000, kereta api yang beroperasi dari Shanghai ke Beijing adalah yang paling maju di China, dengan kelajuannya 120 kilometer sejam.

 

Ketika HSR dari Beijing ke Shanghai baru memasuki ujian operasi pada tahun 2011, kelajuannya melebihi 486 kilometer sejam, sekali gus mencipta rekod dunia baharu.

 

Bagaimanapun, landasan HSR di China pada masa itu hanya 8,358 km sahaja. Hingga 2021, rangkaian landasan HSR di China telah melebihi 42 ribu kilometer, menduduki 2/3 di seluruh dunia.

 

Projek HSR Jakarta-Bandung dan projek landasan kereta api China-Laos boleh dikatakan dimulakan pada masa yang sama. Kini kereta api China-Laos telah beroperasi selama setahun setengah, menghantar lebih 16.4 juta penumpang dan 21 juta tan barangan.

 

Manakala projek HSR Jakarta-Bandung yang berperingkat lebih tinggi pula dipercepatkan secara ketara pada beberapa tahun ini setelah masalah pemerolehan tanah diselesaikan dan bakal dirasmikan pada bulan Ogos.

 

Kejayaan kedua-dua projek mega ini turut merangsang beberapa negara serantau untuk mengadakan kerjasama dengan China.

 

Projek kereta api Thailand yang bersambung dengan landasan kereta api China-Laos dulu dilihat agak ketinggalan dari segi keefisienan. Tapi baru-baru ini kedua-dua negara telah memeterai perjanjian mengenai peralihan 11 teknologi.

 

Pihak Thailand pula mengemukakan kemungkinan bahawa projek fasa pertama boleh ditamatkan lebih awal daripada jadual, iaitu diawalkan daripada 2027 kepada 2026.

 

Menteri Pengangkutan Vietnam pula melawat China pada 29 Mei lalu. Dalam rangka lawatan selama tiga hari, pihak Vietnam mengadakan rundingan sebanyak tujuh kali dengan jabatan kerajaan dan syarikat dalam bidang kereta api China.

 

Sebenarnya, pelan HSR Vietnam dimulakan lebih awal, iaitu menawar tender antarabangsa pada tahun 2010. China pula menyerahkan tender pada masa itu, cuma akhirnya Vientam memilih teknologi Jepun. Bagaimanapun, peruntukan yang dimintakan oleh Jepun mencatat USD58.7 bilion dan dijadualkan akan disiapkan pada tahun 2045 hingga 2050.