Risiko Berniaga di China Berpunca Sekatan Negara Barat

2023-06-28 15:39:49  CRI
Share with:

Semalam ada netizen memuat naik gambar diambil di Lapangan Tiananmen. Turut kelihatan beberapa bendera kebangsaan negara asing dikibarkan di sana, dan ia bermaksud terdapat pemimpin luar negara sedang melawat Beijing, antaranya ada bendera kebangsaan Vietnam yang tidak asing bagi kebanyakan orang China. Dan, ada juga beberapa bendera yang Satria pun tak pernah tengok sebelum ini.

 

Tapi tidak lama selepas itu Satria dapat tahu yang ia adalah bendera Barbados, sebab Perdana Menteri dari Vietnam, New Zealand, Monggol dan Barbados turut tiba untuk menghadiri Sidang Tahunan Forum Davos Musim Panas yang dirasmikan di bandar Tianjin hari ini.

 

Meskipun tema Forum Davos kali ini menjunjung semangat usahawan untuk pemilihan ekonomi dunia, tapi usahawan ada kewarganegaraannya, perniagaan mereka mudah terganggu oleh dasar kerajaan, khususnya ketika situasi ekonomi dunia kurang stabil.

 

Oleh itu sokongan kerajaan terhadap usahawan untuk mewujudkan persekitaran mesra perniagaan sangat penting.

 

Perdana Menteri China, Li Qiang menegaskan dalam ucaptama yang meluahkan hasrat China bersama usahawan pelbagai negara untuk mendukung globalisasi ekonomi, mengekalkan ekonomi pasaran, menyokong perdagangan bebas dan menggerakkan ekonomi dunia ke arah lebih inklusif, berdaya tahan dan mampan.

 

Untuk rekod, beliau baru sahaja tamatkan lawatan rasmi ke Jerman dan Perancis baru-baru ini dan semalam pula baru menerima kunjungan rakan sejawatnya dari Vietnam.

 

Satria masih ingat selepas lawatan ke Beijing baru-baru ini, Setiausaha Negara Amerika, Anthony Blinken menyatakan bahawa Amerika tidak mahu membuka cangkuk dengan China, tapi menaruh perhatian terhadap “nyah-risiko”, seperti apa yang dikemukakan oleh Von der Leyen, pengerusi Suruhanjaya Eropah .

 

Di Jerman, kampung halaman Von der Leyen, PM Li telah membantah apa yang disebut sebagai “nyah-risiko”.

 

Menurut beliau, dalam puluhan tahun yang lalu, kenderaan yang digunakan oleh hampir semua jabatan kerajaan China adalah jenama Jerman. Dan, tiada pula pengguna yang beranggapan atau melihat ia sebagai “risiko keselamatan negara” atau sealiran dengannya.

 

Pada masa sama, kerajaan China pula tidak mengambil tindakan “nyah-risiko” untuk menyekat perniagaan syarikat-syarikat Jerman di China.

 

Golongan usahawan Jerman pula mempunyai fahaman yang berbeza terhadap “nyah-risiko”. Menurut mereka, berniaga di China ada risiko, tapi berniaga di mana-mana negara juga ada risikonya. Mereka berpendapat, tindakan menarik diri daripada pasaran China menghadapi risiko yang lebih tinggi.

 

Sebenarnya, sebahagian besar risiko perniagaan di China berkaitan dengan dasar negara-negara tertentu, bukan berpunca persekitaran perniagaan di China.

 

Sekiranya terdapat produk yang dikeluarkan di China dikenakan sekatan, bahkan sekatan melarang usahawan asing meningkatkan pelaburan di China, risiko bagi para usahawan juga akan sama turut muncul.

 

Di Perancis, PM Li mengambil contoh yang berbeza. Beliau berkongsikan lawatannya ke syarikat L’ORÉAL di Shanghai ketika menjawat Datuk Bandar Shanghai dalam tempoh pandemik. Pada masa itu semua orang memakai topeng, jualan lipstik L’ORÉAL menghadapi impak besar. Bagaimanapun syarikat Perancis ini segera memberi tumpuan kepada produk mekap mata, sekali gus mendapat sambutan baik di pasaran China.

 

Beliau turut menzahirkan kekaguman atas inovasi L’ORÉAL dan juga menggalakkan syarikat-syarikat Perancis terus menerokan pasaran China yang cukup meluas serta menyediakan produk yang berkualiti kepada pengguna China.

 

Menghadapi keazaman pemulihan ekonomi sedunia, selain golongan pedagang, para tokoh politik pelbagai negara pula perlu memperlihatkan semangat usahawan yang menjunjung tinggi inovasi, bertanggungjawab dan kerjasama.