Hayati Kemeriahan Bazar Kashgar Menjelang Hari Raya Aidiladha 2023

2023-06-28 15:23:28  CRI
Share with:

Hari Raya Aidiladha antara hari perayaan yang penting bagi pelbagai etnik minoriti yang beragama Islam di wilayah Xinjiang, China. Pelbagai bazar di kawasan Kashgar kelihatan berada dalam suasana sibuk, dibanjiri pelanggan yang merancang membeli makanan atau barangan untuk sambutan hari raya.

Daging kambing dianggap bahan makanan wajib semasa sambutan Hari Raya Aidiladha atau dikenali sebagai Hari Raya Korban di China. Oleh itu, jumlah jualan daging kambing dan lembu di bazar terbabit baru-baru ini meningkat 30% berbanding hari-hari biasa.

Pada waktu yang sama, urusniaga yang makmur juga boleh kelihatan di barisan kedai kuih, manisan dan buah-buahan, dengan kismis dan Sanzi, sejenis gorengan tradisional etnik Uygur merupakan tumpuan pembeli.