Xinjiang di Mata Pengembara Jepun

2023-06-28 13:23:42  CRI
Share with:

Baru-baru ini, sebuah kumpulan pengembara yang terdiri daripada 20 orang warganegara Jepun diberi peluang untuk menjejakkan kaki di wilayah Xinjiang.

Dalam tempoh selama sembilan hari, mereka mengembara ke pelbagai destinasi antaranya termasuk Urumqi, Turpan, Korla dan Kashgar, sekali gus terdedah adat resam tradisional masyarakat tempatan.

Kedutaan China di Jepun sebelum ini melancarkan aktiviti kembara Xinjiang, sehingga menarik perhatian ramai rakyat Jepun untuk mengambil bahagian dalam aktiviti berkenaan, meskipun kos perjalanan perlu ditanggung sendiri.

Inoue Akihiko dan Watanabe Yumi antara ahli kumpulan pengembara berkenaan.

Ketika dibawa berkunjung ke ladang kapas dan dimaklumkan mengenai kecekapan tinggi dalam proses penyemaian dan penyemburan racun perosak, Akihiko turut meluahkan rasa kagum dan teruja terhadap cara mengusahakan tanaman secara berjentera di Xinjiang, yang berlainan sama sekali daripada cerita yang dilaporkan media Jepun.

Di kilang tekstil kapas, apabila melihat peralatan cekap tenaga serta pekerja penuh dengan keyakinan, Yumi langsung mempersoalkan mana wujudnya isu hak asasi seperti yang digembar-gemburkan media Jepun.

Beliau berkata, fakta dilihatnya yang dikongsi menerusi media sosial akan membantu lebih ramai orang memahami keadaan sebenar di Xinjiang.

Apakah itu wajah sebenar Xinjiang? Angka juga boleh bercakap.

Menjelang akhir tahun 2020, Xinjiang berjaya menghapuskan kemiskinan mutlak.

Pada suku pertama tahun ini, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) wilayah itu berkembang sebanyak 4.9 peratus kepada tahap 414.952 bilion yuan (RM267.95 bilion).