China Keras Banteras Jenayah Dadah

2023-06-28 15:32:19  CRI
Share with:

Kelmarin adalah Hari Anti-dadah Antarabangsa. Kalau sebut tentang dadah, pendirian dan sikap China terhadap jenayah tersebut adalah sangat keras.

 

Ia kerana kami mempunyai sejarah dan pengalaman menderita berkait dengan dadah.

 

Tak sangka Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump juga cukup memahami sejarah tersebut. Dalam satu program temu ramah Fox News baru-baru ini, beliau membanteras keras dadah yang menular di negaranya.

 

“Pada lebihi 150 tahun yang lalu, China dijajahi oleh negara-negara yang jauh lebih kecil, ini kerana mereka ketagihan candu. Ini tragedi besar. Kini mereka ada pimpinan yang kuat, mereka menjatuhkan hukuman mati  ke atas mereka yang terlibat dalam jenayah dadah.”

 

Mungkin rakan-rakan pun dah tahu tentang sejarah perang candu di China. Tapi Satria nak imbas sedikit tentang apa yang berlaku.

 

Pada Dinasti Qing(tahun 1616 hingga 1911), kapal Britain sampai ke pantai China. Mereka menantikan faedah yang besar melalui perdagangan dengan China sebab melihat pasarannya cukup besar.

 

Namun, percaturan mereka silap kerana pengguna China tidak berminat terhadap produk Barat. Sebaliknya, daun teh, sutera dan tembikar China pula sangat popular di Barat. Melihat defisit perdagangan yang semakin besar, orang Britain menyeludup candu ke China.

 

Dengan penyeludupan candu, Britain mendapat banyak wang dari China. Pada masa sama, kesihatan mental dan fizikal rakyat China, termasuk anggota tentera China terjejas secara besar-besaran, seterusnya mengakibatkan tragedi seperti apa yang dikatakan oleh Donald Trump.

 

Pelbagai negara yang kecil berbanding China pada masa itu, termasuk Britain, Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, Rusia, Itali, Jepun, Protugal dan lain-lain turut menjajah China. Taiwan diduduki oleh Jepun, Hong Kong menjadi tanah jajahan Britain dan Makau turut diduduki oleh Protugal.

 

Dengan penderitaan yang tidak boleh terlupa setiap orang di negara ini, China membanteras keras jenayah dadah.

 

Tapi, kini Amerika mendakwa China sebagai punca penyalahgunaan fentanyl di negara itu, mengenakan sekatan terhadap entiti dan individu China hanya kerana mengeksport jentera mengeluarkan kapsul untuk ubat biasa ke negara lain, bahkan menangkap warga China yang terbabit di negara ketiga.

 

Fentanyl merupakan ubat anestetik yang banyak digunakan dalam pembedahan. Ia mengakibatkan penagihan hanya dengan penyalahgunaan.

 

Situasi ini samalah seperti makan nasi yang memberikan kita tenaga harian, tapi kalau seseorang makan terlalu banyak dan tercekik hingga mati, jadi adakah rasional kita menjatuhkan hukuman ke atas petani yang mengeluarkan beras bahkan menutup syarikat yang mengeluarkan jentera penuai?

 

Penyalahgunaan fentanyl di Amerika ekoran pentadbirannya yang lemah terhadap masalah dadah.

 

Misalnya ganja disenaraikan sebagai ubat anestetik terkawal oleh PBB, dan disifatkan sebagai dadah yang dilarang di China, tapi boleh dibeli di kedai biasa di Amerika, bahkan menjadi popular dalam kaum belia.

 

Menurut tinjauan terkini Gallup, pengguna ganja di Amerika telah melebihi pengguna rokok.

 

Untuk bekerjasama membanteras penyalahgunaan fentanyl di Amerika, China menjadi negara pertama yang menyenaraikan fentanyl sebagai ubat anestetik terkawal dan melarang dieksport kepada Amerika.

 

Tapi Washington kini mengenakan sekatan atas Makmal Dadah Kebangsaan China dan Pusat Pengenalpastian Bukti Kementerian Keselamatan Awam China.

 

Sudah jelas sasaran utama Amerika bukan untuk menyelesaikan masalah, sebaliknya untuk mencari kambing hitam atas kegagalan pentadbirannya saja.

 

Satria pernah banyak membantah pelbagai kenyataan dari Donald Trump dulu, tapi amat memuji beliau berulang kali menegaskan kepada kaum belia dalam pelbagai perhimpunan, “No drug! No alcohol! No smoke!”

 

Sebab beliau ada seorang abang yang mati ekoran masalah alkohol.

 

Satria cadangkan kerajaan Joe Biden mendengar suara dari Donald Trump. Kemalangan penyalahgunaan dadah sudah cukup banyak di negara itu, jangan biarkan ia berlaku pada orang yang paling rapat.