Pendirian China dalam Isu Palestin Konsisten

2023-06-28 14:30:20  CRI
Share with:

China konsisten dengan pendirian menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk memulihkan hak-hak negara mereka yang sah.

Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun menyeru supaya pihak-pihak terlibat mencari penyelesaian untuk memecahkan kitaran keganasan dan mengejar keselamatan bersama.

Beliau menekankan perlunya melindungi kedaulatan undang-undang di peringkat antarabangsa dan menghentikan tindakan unilateral untuk mengubah status quo.

Ketika berucap dalam mesyuarat terbuka Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengenai isu Palestin pada Selasa, Zhang turut berkata komitmen politik yang berkaitan mesti ditunaikan bagi menggalakkan pelaksanaan 'penyelesaian dua negara'.

Menurut beliau, China bersedia bersama masyarakat antarabangsa menyumbang kepada penyelesaian isu Palestin secara menyeluruh, adil dan berkekalan seawal mungkin.