Wujud Daya Penggerak, Pacu Pertumbuhan Sejagat
'Jana Semula Pertumbuhan' antara topik utama Forum Davos Musim Panas edisi ke-14 yang berlangsung di Tianjin, utara China.
Adalah perlunya mewujudkan daya penggerak untuk memacu pertumbuhan ekonomi. Dari manakah lahirnya momentum itu?
Selaku entiti ekonomi kedua terbesar, China menjadi tumpuan dunia apabila nilai perdagangan barangannya menduduki tempat pertama selama enam tahun berturut-turut.
Sepanjang sedekad lalu, ekonomi China merekodkan pertumbuhan purata tahunan sebanyak 6.2 peratus.
China muncul sebagai enjin terbesar pertumbuhan sejagat dengan kadar sumbangan purata melepasi 30 peratus, dan tahun ini diunjur terus naik kepada paras 36 peratus.
Wakil usahawan dari Kanada, Alex Zhavoronkov memberitahu bahawa peserta forum optimistik terhadap prestasi China dari segi pasaran perbelanjaan, keupayaan untuk menstabilkan pertumbuhan dan mencegah inflasi, serta tahap inovasi.
Walaupun wujudnya suara yang menggembar-gemburkan 'cantas hubungan', kenyataan wakil usahawan dalam forum itu membuktikan amalan seumpama membelakangi hukum ekonomi dan langsung tidak boleh diterima.
Pada era globalisasi, perbuatan menolak peluang pembangunan dan kerjasama akan mengundang risiko.
Forum Ekonomi Sedunia (WEF) meramalkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global akan menyusut tujuh hingga sembilan peratus sekiranya berlaku ‘cantas hubungan’.