Ericsson Selalu Rakan Kerjasama Perkembangan Telekomunikasi China
Di Shanghai baru-baru ini telah berlangsugnya Sidang Komunikasi Bergerak Dunia (MWC) 2023.
Pada sidang itu, pegawai kawan dan pakar dari syarikat telekomunikasi Sweden, Ericsson telah memberi pandangan yang positif mengenai pemerdagangan 5G dan penerokaan teknologi 6G kepada dunia, terutamanya pasaran China.
Satria nak imbas sedikit pada tahun 2020. Ketika itu, Jabatan Pentadbiran Pos dan Telekomunikasi Sweden menghalang Huawei dan ZTE China dalam sistem 5G negara itu dengan menggunakan ‘keselamatan’ sebagai alasan.
Namun, Ericsson turut secara keras mendakwa kerajaannya melanggar akta perdagangan bebas. Dengan tidak semena-mena, banyak pihak turut menyimpulkan bahawa Ericsson juga akan menghadapi sekatan seimbang, iaitu dilarang masuk pasaran China.
Tapi berdasarkan tender fasiliti 5G yang bernilai RM5 bilion yang diumumkan oleh China Mobile, syarikat telekomunikasi terbesar di China, selain Huawei dan ZTE, Ericsson dan gergasi telekomunikasi dari Finland iaitu Nokia turut tersenarai.
Ini secara tidak langsung mencuri tumpuan di Eropah. Media Jerman menerbitkan ulasan yang bertajuk: Jaringan 5G: China Terbuka, Eropah Bina Tembok.
Sifir dan logik mereka mudah. Apabila Eropah menyekat China, China pasti tidak akan berdiam diri dan mengambil tindakan balas.
Bahkan, ramai tokoh politik di Eropah mempunyai fahaman bahawa pasaran telekomunikasi China langsung tidak pernah terbuka kepada syarikat asing.
Inilah masalahya apabila tokoh politik malas untuk memahami fakta, tapi mengeluarkan kenyataan yang tidak bertanggungjawab dengan suara lantang untuk agenda politik.
Sebenarnya Ericsson bukan hanya tidak disekat di pasaran China, bahkan turut dijemput menyertai perkembangan telekomunikasi China dari 1G ke 5G.
Baru-baru ini, China Mobile dan Ericsson telah mengumumkan hasil penyelidikan bersama terkini, iaitu stesen pangkalan penutup lurang. Ini akan banyak memudahkan pemasangan stesen pangkalan 5G, khususnya di tempat yang penggunanya ramai tapi kurang tempat untuk memasang stesen pangkalan biasa, seperti jalan komersial.
Setakat penghujung bulan Mei, stesen pangkalan 5G di China telah mencatat 2.84 juta, iaitu meliputi 25.3% daripada semua stesen pangkalan telekomunikasi bergerak yang sedia ada.
Pada masa sama, angka pengguna perkhidmatan 5G di China telah mencatat 561 juta pada hujung tahun lalu.
Susulan berakhirnya pandemik, keperluan terhadap jaringan 5G juga dijangka akan meningkat secara mendadak.
Laman web ITmedia Jepun menerbitkan rencana wartawan negara itu yang mendapati telefon pintar 5G telah menjadi biasa bagi pengguna China, hingga hanya perlu membayar RMB1(RM0.64) boleh mendapat satu telefon pintar 5G (perlu bayar untuk perkhidmatan 5G selama 2 tahun).
Pasaran 5G China juga besar, dan cukup terbuka. Maka ramai syarikat asing seperti Ericsson adalah rakan kerjasama penting bagi pembangunan China.
Satria berpendapat bahawa hubungan ini tidak sepatutnya terjejas hanya dengan kata-kata dan tindakan bodoh tokoh politik dan agenda politik sesetengah negara.