Perancis Kerah 45,000 Anggota Polis Tangani Rusuhan

2023-07-02 15:12:08  CRI
Share with:

Menteri Dalam Negeri Perancis Gerald Darmanin berkata seramai 45,000 anggota pasukan keselamatan tambahan dikerahkan ke serata negara untuk menangani rusuhan.

Dilaporkan, beberapa tempat di Perancis antaranya Paris dan Marseille menyaksikan rusuhan berulang pada malam Sabtu.

Setakat ini, terdapat lebih 2,400 orang individu terbabit ditangkap.