Macron Ikrar Redakan Ketegangan Rusuhan

2023-07-03 14:46:34  CRI
Share with:

Presiden Perancis, Emmanuel Macron semalam mengadakan mesyuarat untuk mengarahkan jemaah menterinya berusaha sedaya upaya memulihkan order masyarakat.

Konflik masih menjadi-jadi di sebahagian bandar. Ketegangan rusuhan sudah diredakan dengan ketara berbanding beberapa hari yang lalu, jika dilihat dalam senario kebangsaan.

Macron ketika membincangkan situasi semasa dengan jemaah menterinya termasuk Perdana Menteri di Istana Elysée pada malam semalam, memberi arahan supaya memastikan jentera kerajaan berjalan seperti biasa dan memulihkan ketenteraman masyarakat secepat mungkin.