Latihan Bersama Tentera Udara "Yingji-2023" China-Thailand Bakal Diadakan
2023-07-03 14:34:14 CRI
Mengikut rancangan tahunan dan kata sepakat dicapai China dan Thailand, latihan bersama tentera udara China-Thailand akan diadakan di Pangkalan Ulung Tentera Udara Thailand pada Julai ini. Dimaklumkan bahawa pihak China akan menghantar sejumlah jet pejuang, pesawat pengebom dan pesawat AEW (Air Early Warning) untuk mengikuti latihan kali ini.
Tujuan latihan kali ini adalah untuk mengintensifkan interaksi dan kerjasama antara tentera udara kedua-dua negara, sekali gus menambah elemen baharu kepada Perkongsian Kerjasama Strategik Komprehensif China-Thailand.