Budaya China Dalam Puisi Dinasti Tang

2023-07-03 16:09:01  CRI
Share with:

Pada hujung minggu, Satria bawa si kecil menonton filem di panggung wayang sebagai ‘reward’ setelah dia berjaya menamatkan peperiksaan tingkatan 4 sekolah rendah.

 

Satria memilih sebuah filem animasi “Chang’an San Wan Li”, dan ia menceritakan tentang persabahatan antara Gao Shi dan Li Bai, iaitu dua penyajak tersohor pada Dinasti Tang (618-907), dan banyak puisi mereka fasih dibaca oleh si kecil.

 

Awalnya, Satria jangka yang Satria mungkin akan tertidur ketika menemani si kecil menonton filem animasi sepanjang kira-kira 3 jam. Tak sangka, Satria sendiri tertarik ketika menonton Du Fu, He Zhizhang, Wang Wei, Li Guinian, Zhangxu dan tokoh-tokoh lain yang sudah kenal lama dari buku serta karya mereka yang turut muncul. Ia turut memperlihatkan Dinasti Tang dari fasa makmur sehinggalah tercetusnya pemberontakan dan penyatuan semula.

 

Di dalam panggung wayang, kedengaran kanak-kanak berulang kali bersama-sama ikut membaca puisi-puisi yang muncul dalam filem tersebut.

 

Chang’an, ibu kota Dinasti Tang merupakan metropolitan terbesar dan terbuka di dunia pada masa itu. Peniaga dari Asia Barat membawa produk tempatan ke sini, penyanyi dari Asia Tengah menjadi bintang dalam restoran di Chang’an, tarian mereka sangat popular dari masyarakat hingga ke istana. Para sasterawan berkumpul di sini untuk mempertunjukkan kehebatan mereka.

 

Dari buku teks, Li Bai, Gao Shi, Wang Wei, Du Fu dikenali oleh orang China dari generasi ke generasi.

 

Dalam puisi yang dikarang mereka, kami mengenali Li Guinian, pemuzik yang tersohor pada Dinasti Tang. Geshu Han, jeneral etnik minoriti yang berani mati melawan pemberontakan, serta tokoh-tokoh lain yang hudip pada zaman itu. Kami juga menghayati kemakmuran bandar Yangzhou dan mengenali tentang kegagahan askar di sempadan untuk melawan pencerobohan etnik nomad daripada puisi-puisi tersebut.

 

Dalam filem ini, Satria juga mendapat ilmu baharu. Gao Shi yang selalu dikenali sebagai penyajak sebenarnya dilahirkan dari keluarga tentera. Oleh itu berbanding berfoya-foya di bandar yang mewah seperti Chang’an dan Yangzhou, beliau akhirnya memilih menjadi seorang pegawai pangkat rendah dalam tentera.

 

Sejurus selepas itu, pemberontakan pula berlaku dan Gao Shi yang telah berumur lebih 50 tahun menjadi jeneral untuk mengatasi pemberontakan. Selepas itu ia membawa tentera melawan pencerobohan Tubo pada umur 60 tahun.

 

Hingga hari ini, banyak puisi yang tertulis oleh Gao Shi di sempadan merangsang semangat patriotisme dalam kalangan generasi si kecil.

 

Gao Shi dan Li Bai mengenali satu sama lain di Menara Huang He (Menara Jenjang Kuning). Ramai penyajak pada zaman itu pernah menulis puisi memuji keindahan Menara Huang He. Tapi ia terhancur dalam pemberontakan. Bagaimanapun, Gao Shi dalam filem itu menyatakan bahawa sekiranya legasi puisi dan buku disambung, maka Menara Huang He sentiasa berada di dalam hati rakyat China.

 

Hingga hari ini, Menara Huang He tetap berada di bandar Wuhan, provinsi Hubei China. Bahkan zaman baharu ini telah menyuntik semangat baharu kepada bangunan mercu tanda setempat ini, seperti semangat “mengutamakan nyawa, memadukan seluruh negara, mengetepikan keselamatan diri, menghormati sains dan berkongsi nasib” yang terbentuk dalam perjuangan melawan Covid-19.

 

Seperti apa yang dikatakan oleh Gao Shi dalam filem itu, jika legasi puisi dan buku terus disambung, maka semangat Chang’an dan China akan dapat diwariskan dari generasi ke generasi.