"Karnival Larian Lambaian Sukan Asia" di Timor Leste

2023-07-03 13:36:21  CRI
Share with:

Sebagai acara tradisional bagi menyambut Sukan Asia dan jambatan untuk merapatkan silaturahim dan merancakkan pertukaran  kebudayaan di kalangan rakyat negara Asia, "Karnival Larian Lambaian Sukan Asia" anjuran Majlis Olimpik Asia (OCA) telah diadakan di Dili, Timor Leste kelmarin.  

Turut serta, lebih 600 orang pelajar tempatan,  anggota pertubuhan sukan dan wakil kedutaan asing.

Mereka menyelesaikan larian sepanjang 5 kilometer dengan melalui Muzium Perjuangan dan Universiti Kebangsaan Timor Leste.

Setiausaha Jawatankuasa Penganjur Timor Leste berkata, negaranya akan menghantar satu kontinjen yang terdiri daripada 40 atlet untuk beraksi dalam sebelas acara termasuk angkat berat, renang dan tinju dalam Sukan Asia ke-19 yang akan diadakan di Hangzhou, China pada masa tidak lama lagi.