Objektif Melihat Kejadian "Kekecohan" di KLIA
Baru-baru ini peristiwa Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Tiong King Sing menyelamatkan pelancong China di KLIA menjadi tumpuan kedua-dua negara.
Bahkan, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim pun tidak ambil masa lama untuk terus meninjau ke KLIA.
Satria faham apabila ada netizen Malaysia yang menyifatkan tindakan Tiong sebagai “menimbulkan kekecohan” atau salah guna kuasa sebagai Menteri Pelancongan, kerana ia seolah-olah telah menghitamkan imej Malaysia.
Sebagai rakan kepada Malaysia, Satria secara peribadi mahu berkongsikan respons netizen China terhadap peristiwa ini kepada kawan-kawan di Malaysia.
Satria harap dengan perkongsian Satria sebentar lagi, semua pihak dapat melihat peristiwa ini secara objektif. Dan yang paling penting, ia tidak digunakan oleh sesetengah pihak untuk menjejaskan hubungan dan persabahatan kedua-dua negara.
Baik, dalam hantaran laporan yang dibuat oleh media China, di bahagian komen bawahnya terdapat ramai netizen yang berkongsikan pengalaman masing-masing. Mereka telah diminta wang ketika masuk negara-negara Asia Tenggara. Kebanyakannya berlaku di Vietnam, Thailand dan Indonesia. Malaysia juga ada, tetapi memang kurang berbanding negara-negara tersebut.
Malah, Satria sendiri pernah diminta wang oleh pegawai imigrasi di lapangan terbang Jakarta, tapi Satria tolak dan sebaliknya menunjukkan surat undangan dari media tempatan, dan akhirnya diizin lulus.
Satria juga pernah membawa keluarga melancong ke Pulau Phuket, Thailand dan berbaris dua jam di kastam. Tapi ada pegawai imigrasi tempatan kelihatan langsung membuka satu laluan khas dan menyebut kepada para pelancong China “20 yuan! 20 yuan!”. Ada pelancong yang tak sabar menunggu lama, langsung bayar untuk lulus, tapi Satria memilih terus berbaris.
Tapi Satria sendiri tidak pernah diminta wang ketika beberapa kali masuk Malaysia.
Budaya rasuah pegawai imigrasi di Asia Tenggara memang ada, dan menjadi sasaran mereka yang berniat menjejaskan kerjasama bilateral, ini bukan berita baharu.
Cuma bagi pelancong China, timbul pertanyaan mengapa kami menjadi sasaran pegawai rasuah tempatan? Mengapa pegawai tempatan tidak berani meminta wang dari orang Barat? Sekiranya setiap orang menolak permintaan yang tidak masuk akal, tidak memilih membayar sedikit wang untuk mengelakkan kerumitan, budaya rasuah tempatan pasti ‘tak boleh hidup’.
Kembali kepada peristiwa kali ini, Satria tidak akan menyifatkan sama ada itu “kekecohan” atau tidak, ini terserah kepada siasatan polis.
Tapi ada apa masalah mengenai pelancong tersebut dan pegawai imigrasi juga perlu dijelaskan dalam keputusan siasatan.
Satria pernah banyak kali ditanya oleh kawan-kawan Malaysia, mengapa pelancong China tidak beramai-ramai kembali ke Malaysia seperti jangkaan?
Satria menjawab bahawa ini terpengaruh oleh banyak unsur, seperti pandemik selama tiga tahun membawa impak kepada rezeki ramai orang, perlu waktu untuk dipulihkan. Tapi ia juga akan terpengaruh oleh pelbagai berita negatif yang turut berlaku ketika pelancong China kembali ke Asia Tenggara.
Termasuk dua pelancong China dibunuh dalam InterContinental Bali Resort, pelancong China diserangi dengan pisau oleh staf agensi pelancongan Thailand, dan tentulah juga akan terpengeruh oleh peristiwa kali ini.
Bagi kebanyakan pelancong China, negara Indonesia, Thailand atau Malaysia semuanya adalah negara Asia Tenggara, dan ketika kejadian negatif berlaku di sesebuah negara, imej dan keyakinan terhadap pelancongan seluruh Asia Tenggara akan turut sama terjejas.
Tapi dari sudut yang lain, seorang pegawai peringkat menteri datang untuk menyelesaikan masalah dan Perdana Menteri turut meninjau ke KLIA juga memberi isyarat jelas kepada pelancong China bahawa kerajaan Malaysia mementingkan pemeliharaan hak pelancong yang sah.
Satria berancang melawat Malaysia pada hujung bulan ini, dan bersedia untuk berkongsi pengalaman dengan netizen di kedua-dua negara supaya membantu memulihkan keyakinan terhadap pelancongan Malaysia dan juga memelihara persahabatan antara kerajaan dan rakyat kedua-dua negara.