Sama Menang, Iran Bakal Anggotai SCO

2023-07-04 15:39:30  CRI
Share with:

Iran akan segera menganggotai Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) secara rasmi, komprehensif dan lengkap. Inilah satu pencapaian yang sama menang dan saling menguntungkan bagi baik Iran mahupun semua anggota SCO.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar Iran, Nasser Kanaani dalam sidang media pada Isnin, waktu tempatan.  

Tegas beliau, keanggotaan Iran dalam  pertubuhan terbabit disifatkan sebagai kemajuan signifikan bagi memperhebat pembangunan serantau, dan memberikan pengaruh positif kepada ekonomi dan perdagangan antara negara anggota, kerana ia selaras dengan kepentingan semua  anggota.

Untuk rekod, memorandum persefahaman tentang keanggotan Iran telah ditandatangani pada Sidang Ke-22 Majlis Pemimpin Anggota SCO yang diadakan di Samarkand, Uzbekistan pada September tahun 2022. Dua bulan kemudian, draf keanggotaan berkenaan diluluskan dengan majoriti undi dalam  parlimen Iran, dan diratifikasi Jawatankuasa Kawalselia Perlembagaan Iran pada 28 Januari tahun 2023.