Iran, Negara Anggota SCO yang Baharu

2023-07-05 14:32:17  CRI
Share with:

Iran diterima menjadi negara anggota  Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) pada Sidang Ke-23 Majlis Pemimpin Anggota  SCO yang diadakan semalam. Dengan itu, jumlah anggota pertubuhan terbabit  bertambah ke sembilan buah.

Pada sidang kemuncak dalam talian pada Selasa,  pemimpin negara anggota SCO mengalu-alukan kemasukan Iran, manakala mengharapkan  Belarus menyelesaikan prosedur keanggotaannya dengan secepat mungkin. Para  hadirin bersepakat, SCO yang mengembangkan sayapnya dan berpengaruh semakin  besar di pentas dunia, boleh membuat sumbangan signifikan kepada usaha  menyemarakkan semangat kejiranan dan menyuburkan persahabatan, memelihara  kepentingan bersama negara anggota, menggalakkan kedamaian dan kestabilan serantau dan sejagat untuk jangka masa panjang, dan mendorong pembangunan bersama, di samping menjadi teladan dalam penjalinan hubungan antarabangsa model  baharu yang saling menghormati, sama rata, adil, kerjasama dan menang-menang.

Untuk rekod, SCO yang ditubuhkan pada tahun 2001 oleh enam negara pengasas, iaitu China, Rusia, Kazakhstan, Kyrgyzstan,  Tajikistan dan Uzbekistan, pernah memberikan kedudukan anggota kepada India dan  Pakistan pada tahun 2017.