Memelihara HAM untuk Kehidupan Rakyat Yang Lebih Baik

2023-07-05 16:18:53  CRI
Share with:

Hari ini 5 Julai, antara tarikh yang tidak akan dilupakan oleh rakyat China.

 

Genap 14 tahun yang lalu, rusuhan yang didalangi oleh kuasa luar berlaku di Xinjiang, menyaksikan kenderaan dibakar, kedai-kedai diromak, dan 156 penduduk terbunuh, antaranya termasuk etnik Han, Hui dan juga Uygur.

 

Mulai detik itu, kerajaan China mengambil tindakan selama belasan tahun untuk memulihkan tata tertib masyarakat, membanteras keganasan, memelihara keselamatan rakyat dan negara.

 

Dakwaan Satria bahawa rusuhan itu didalangi oleh kuasa luar bukanlah sekadar cakap kosong.

 

Lawrence Wilkerson, Ketua Staf untuk Bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Colin Powell menyatakan dalam ucapan pada tahun 2018 mengiktiraf bahawa salah satu punca AS mengekalkan penempatan tenteranya di Afghanistan sejak 2001 adalah kerana ia dekat dengan Xinjiang.

 

Beliau berkata, di Xinjiang terdapat lebih 20 juta etnik Uygur. Justeru bagi CIA, kaedah terbaik untuk menjejaskan kestabilan China adalah menggunakan kaum Uygur untuk menentang Beijing, sekali gus menghancurkan China dari dalam.

 

Dengan mengawal media arus utama dan juga platform media sosial di dunia, AS mampu memutar belitkan fakta.

 

Pembunuhan besar-besaran terhadap orang ramai menjadi perjuangan untuk hak asasi manusia, manakala usaha kerajaan China untuk membanteras keganasan didakwa mencabuli hak asasi manusia. Bahkan menghasutkan masyarakat Islam di pelbagai negara untuk turut serta mengecam China.

 

Negara Islam dicerobohi AS, penduduk Islam terbunuh dalam konflik yang didalangi AS, masyarakat Islam terus digunakan bersuara untuk agenda AS.

 

Itulah cara AS untuk “memelihara hak asasi manusia”.

 

Objektif memelihara hak asasi manusia sepatutnya adalah meningkatkan taraf hidup penduduk seluruh dunia. Hakikatnya, AS dan kebanyakan negara Barat kini menutup mulut terhadap persitiwa yang mungkin paling teruk menjejaskan hak asasi seluruh umat manusia dalam sejarah iaitu apabila Jepun mahu melepaskan 3 juta tan air tercemar nuklear ke laut.

 

Yang mengejutkan, IAEA semalam mengeluarkan laporan yang menyokong bahawa kebocoran air dari Loji Nuklear Fokushima adalah selamat.

 

Dalam sidang akhbar IAEA di Jepun semalam, ada seorang wartawan Korea Selatan secara terus terang bertanya kepada Ketua Pengarah IAEA Rafael Mariano Grossi, “Adakah benar IAEA telah menerima rasuah sebanyak sejuta EURO dari Jepun?”.

 

Ada media Korea Selatan sebelum ini melaporkan bahawa Jepun telah menyediakan rasuah sebanyak itu kepada IAEA supaya draf laporan tersebut didedahkan lebih awal dan mengadakan pemindaan atas pandangan pihak Jepun.

 

Kementerian Luar China turut membentangkan pendirian iaitu laporan IAEA tidak mencerminkan pandangan semua pakar yang menyertai penilaian, keputusan laporan pula tidak diiktiraf secara sebulat oleh semua pakar.

 

Pihaknya memetik kenyataan Grossi bahawa penilaian ini diadakan atas permintaan kerajaan Jepun dan bukan bermaksud menyokong pelan pelepasan air tercemar nuklear ke laut.

 

Risiko pelepasan air tercemar nuklear ke laut sebenarnya adalah sangat mudah untuk difahami.

 

Ia ibarat kita mencuba campur sekilo garam ke dalam sebaldi air tawar, tentulah akan rasa sangat masin. Namun, jika kita masukkannya ke dalam 1 tan air tawar dan cuba air itu, ia pasti tidak rasa masin lagi.

 

Tetapi, tindakan membuang semua garam atau air tersebut ke laut adalah sebenarnya sama, kesemuanya sekilo garam telah dibuang ke dalam air.

 

Manakala pelepasan bahan radioatif dari Fukushima akan berlarutan 30 tahun, menjadi ancaman ekosistem yang paling besar dalam sejarah.

 

Inilah masalah hak asasi manusia yang paling mendesak buat masa ini.