China Desak Jepun Hentikan Rancangan Lepaskan Air Tercemar Nuklear ke Laut

2023-07-05 13:57:45  CRI
Share with:

Wakil China semasa menghadiri mesyuarat ke-53 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa menyatakan bahawa Jepun merancang melepaskan air kumbahan nuklear ke laut disebabkan kos operasinya yang rendah. Ini sebenarnya mahu memindahkan risiko tercemar nuklear kepada seluruh manusia dan pasti akan menjadikan persekitaran laut dan kesihatan penduduk di seluruh dunia terjejas malahan mengakibatkan banyak tempat tidak sesuai didiami lagi dalam lingkungan yang semakin luas. Masalah ini sepatutnya diberi tumpuan oleh masyarakat antarabangsa.

Wakil China menekankan bahawa rancangan Jepun itu membelakangi tanggungjawab antarabangsa dan kewajipan yang termaktub dalam undang-undang antarabangsa seperti Konvensyen Undang-undang Laut PBB (LOSC) dan Konvensyen London mengenai pencegahan lambakan sisa ke laut. China sekali lagi menggesa Jepun berhenti  merancang melepaskan air tercemar nuklear ke laut, menangani isu itu secara saintifik, selamat dan telus serta bekerjasama dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa untuk membina satu mekanisme pemantauan antarabangsa untuk jangka masa panjang yang melibatkan pelbagai pihak berkepentingan termasuk negara jirannya.