Laporan IAEA Tidak Dapat Bantu Jepun Halalkan Rancangannya

2023-07-06 12:51:39  CRI
Share with:


Rancangan melepaskan air tercemar nuklear ke laut yang diumumkan kerajaan Jepun pada bulan April 2021 telah menimbulkan bantahan keras daripada persatuan perikanan domestik Jepun, kawasan pesisir Lautan Pasifik dan pelbagai negara kepulauan Lautan Pasifik Selatan. Sehubungan itu, Agensi Atom Antarabangsa (IAEA) atas undangan Jepun telah menjalankan penilaian dan pemeriksaan berkenaan pada September tahun yang sama. Laporan terbabit akhirnya dikeluarkan IAEA melalui kerja selama dua tahun. Namun laporan tersebut dianggap tidak mengandungi semua pandangan pakar yang terlibat dalam kerja penilaian, dan keputusan yang dibuatnya juga tidak mendapat pengiktirafan pakar secara menyeluruh.

Dari aspek tanggungjawab dan fungsi kerjanya, IAEA berperanan mendorong penggunaan teknologi nuklear secara selamat, terjamin dan aman, tetapi tidak berfungsi untuk menilai impak yang dibawa air tercemar nuklear terhadap persekitaran laut dan kesihatan biologi untuk jangka masa yang panjang.

IAEA hanya diminta pihak Jepun untuk menilai rancangannya melepaskan air tercemar nuklear ke laut, namun tidak menilai cara pengendalian yang lain seperti menyimpan air di lapisan  tanah, pelepasan gas, pelepasan hidrogen dan pengebumian kelengkapan di bawah tanah. Oleh itu, matlamat pemeriksaan berkenaan sudah dijadikan “sama ada rancangan melepaskan air tercemar nuklear ke laut boleh dilaksanakan”, dan bukan “mencari langkah paling baik untuk menangani air tercemar nuklear di Fukushima”, manakala masalah kunci seperti “apakah cara paling selamat untuk menangani air tercemar nuklear” dan “apakah impak air tercemar nuklear terhadap persekitaran laut” tidak terkandung dalam laporan penilaian IAEA kali ini. Sehubungan itu, laporan itu sukar diterima masyarakat antarabangsa.

Selain itu, semua sampel dan data berkenaan kepada IAEA adalah disediakan Jepun.

New York Times memetik ulasan pakar dari Safecast, Azby Brown bahawa “Setakat ini, data diberikan Jepun kurang lengkap, sedangkan seluruh proses penilaian pula kurang telus”.

Adakah kelengkapan penabisan Jepun dapat berfungsi untuk jangka masa yang panjang? Apakah impak nuklid radioaktif terhadap persekitaran ekologi dan kesihatan orang awam? Adakah data air tercemar nuklear benar dan tepat? Kesemua pertanyaan itu gagal mendapatkan jawapan yang jelas daripada laporan IAEA itu. Oleh itu, bagaimanakah rancangan pelepasan air tercemar nuklear Jepun itu dibuktikan munasabah dan sah? Bagaimanakah memastikan rancangan itu tidak akan memberi impak kepada negara lain?

Sebenarnya, rancangan Jepun yang melepaskan air tercemar nuklear sebanyak jutaan tan ke laut pada 30 tahun akan datang sepatutnya sama sekali tidak boleh dibenarkan tanpa mengira sebarang laporan. Rancangan Jepun sebenarnya mahu memindahkan risiko tercemar nuklear kepada semua umat manusia dengan tujuannya hanya mahu menjimatkan duit. Walaunpun membuka lampu hijau kepada Jepun, laporan IAEA pun mengakui bahawa Advanced Liquid Processing System (ALPS) digunakan Jepun tidak akan menghapuskan semua nuklid radioaktif terkandung dalam air tercemar nuklear itu.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) kaunti Miyagi-ken Jepun, Kikuchi Keiichi berkata, kerajaan Jepun tidak boleh hanya menumpu kepada rancangan melepaskan air tercemar nuklear ke laut, dan perlu memikul tanggungjawab untuk mengkaji cara lain, mendengar suara rakyat, menghormati sains, menangani air tercemar nuklear melalui cara saintifik, selamat dan telus di samping sudi menerima penyeliaan antarabangsa.