SCO yang Berkembang, Momentum Positif bagi Pemeliharaan Keamanan dan Kemakmuran Dunia

2023-07-06 13:33:04  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping ketika menghadiri sesi ke-23 Majlis Ketua-ketua Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) melalui pautan video pada Selasa, telah menyampaikan ucapan dan turut mengeluarkan lima cadangan tentang pembangunan SCO pada masa depan yang berpandukan Inisiatif Keselamatan Sejagat, Inisiatif Pembangunan Sejagat dan Inisiatif Peradaban Sejagat.

“Memegang hala tuju yang tepat, memperkukuh perpaduan dan kepercayaan antara satu sama lain”, “memelihara kedamaian serantau, menjamin keselamatan bersama”, “memfokuskan kerjasama substantif, mempercepat pemulihan ekonomi”, “meningkatkan pertukaran dan pembelajaran antara satu sama lain, menggalakkan persefahaman di kalangan rakyat”, “mengamalkan multilateralisme, menyempurnakan tadbir urus sejagat”, merupakan lima cadangan Xi  yang mencerminkan masa depan SCO yang bersatu-padu dan koordisasi untuk sinergi merancakkan pembangunan.

Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang dikemukakan China pada 10 tahun yang lalu adalah menyasarkan rantau SCO mula-mulanya. Dalam tempoh sedekad lalu, banyak negara anggota SCO sudah memanfaatkan pelaksanaan sekumpulan projek ikonik dalam bidang pembangunan kesalinghubungan. Dalam Perisytiharan New Delhi yang diluluskan sidang kali ini, kebanyakan negara anggota SCO telah menekankan sokongannya terhadap BRI.

China berharap agar penyelarasan antara pembinaan bersama yang berkualiti tinggi dalam kerangka BRI dengan pelaksanaan strategi pembangunan pelbagai negara anggota dan kerjasama serantau dapat ditingkatkan, bagi mendorong perdagangan dan pelaburan berkembang ke arah yang bebas dan mudah.

SCO berkembang dengan menjunjung semangat sama rata, perpaduan, kerjasama dan inklusif, dan pertubuhan yang semakin besar ini akan berperanan sebagai momentum positif bagi usaha memelihara keamanan dan kemakmuran Eurasia bahkan dunia.