Sambut Ulang Tahun ke-10 Koridor Ekonomi China-Pakistan

2023-07-06 15:36:20  CRI
Share with:

Kerajaan Pakistan mengadakan aktiviti untuk merayakan ulang tahun ke-10 Koridor Ekonomi China-Pakistan di pejabat Perdana Menteri di Islamabad pada Rabu.

Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif menyampaikan ucapan dalam aktivti itu yang menyatakan bahawa Pakistan sedang berkembang menjadi antara yang bertumbuh paling pesat di rantau ini bahkan dunia berkat koridor ekonomi ini yang berkaitan rapat dengan trend pembangunan yang tidak pernah wujud dalam sejarah ekonomi negaranya. Jurutera dan pembina yang tidak terkira banyaknya dari kedua-dua negara bersatu-padu dan bekerjasama untuk menyumbang kepada pembinaan Koridor sehingga melakar sejarah. Pakistan bersedia terus mendorong dengan penuh dinamik pembangunan Koridor demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.

Kuasa usaha sementara Kedutaan China ke Pakistan, Pang Chunxue pun menyatakan bahawa pencapaian yang dilakar dalam Koridor Ekonomi China-Pakistan,  salah satu projek pembinaan bersama dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang paling berjaya, tidak terlepas dari usaha sama kedua-dua pihak dalam tempoh sedekad lalu. China bersedia berganding bahu dengan Pakistan untuk membina komuniti berkongsi nasib kedua-dua negara yang lebih rapat.