AS Diseru Dorong Pemulihan Rundingan Nuklear Iran

2023-07-07 15:00:25  CRI
Share with:

Pihak-pihak terbabit termasuk Amerika Syarikat  (AS) diseru membawa semula Pelan Tindakan Konprehensif Bersama (JCPOA) ke  landasan yang tepat dengan secepat mungkin.

Demikian dinyatakan Naib Wakil Tetap China ke  Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Geng Shuang dalam satu sidang terbuka  anjuran Majlis Keselamatan PBB mengenai isu nuklear Iran  semalam.

Menurut Geng, China mengesyorkan AS  membatalkan semua sekatan sepihak dan langkah “penguatkuasa lengan panjang”  kepada Iran dan pihak ketiga, menghentikan perbuatan salah seperti mengancam  menggunakan senjata, agar menyediakan syarat baik bagi pemulihan pelaksanaan  JCPOA secara menyeluruh dengan secepat  mungkin.

Sebelum ini, Iran dan Arab Saudi telah  memulihkan hubungan diplomatik menerusi dialog di Beijing yang dilihat membawa  sinar harapan kepada penyelesaian isu hangat Asia Barat dan perdamaian  komprehensif serantau melalui pendekatan politik. China bersedia menjunjung  tinggi amalan multilateralisme yang benar, melaksanakan Inisiatif Keselamatan  Global, menempuh jalan keselamatan bersama, membentuk kerangka baharu  keselamatan Asia Barat dan mewujudkan keamanan berkekalan di rantau  berkenaan.