Rancangan Jepun yang Degil Sama dengan Pekung Busuk pada Dadanya

2023-07-08 16:04:03  CRI
Share with:

Jawatankuasa Perancangan Tenaga Nuklear Jepun telah memberikan surat kelulusan kepada Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) semalam berhubung pemeriksaan terhadap kemudahan pelepasan air tercemar nuklear Fukushima ke laut. Ini menandakan kerajaan Jepun mengayunkan selangkah lagi ke arah melaksanakan rancangan berkenaan tanpa  mengambil kira bantahan tajam dari dalam dan luar negara. Dengan tujuannya  meningkatkan apa yang disebut 'tahap rasional' rancangan terbabit, Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Matsuno Hirokazu menyatakan bahawa piawaian kepadatan tritium yang dilepaskan Jepun jauh lebih rendah daripada piawaian China dan Korea Selatan, dan pihaknya akan membuat penjelasan berdasarkan "ilmu sains".  

Bagaimanpun, apakah perbezaan antara air tercemar nuklear Fukushima dengan pelepasan air kumbahan dalam operasi yang normal?

Dimaklumkan, air tercemar nuklear yang dikeluarkan dalam insiden Fukushima yang ditetapkan sebagai satu kejadian berisiko yang paling tinggi tahapnya, mengandungi elemen radioaktif ekoran pembelahan nuklear dalam jumlah besar. Berbeza dengan itu, air sisa hasil operasi loji janakuasa nuklear dalam keadaan normal dikeluarkan sepanjang  pemprosesan harian, seperti yang untuk kegunaan kimia, kumbahan atau mandi.  

Sumber dan kegunaan yang  berbeza menentukan jenis elemen radioaktif yang berlainan. Jepun selama ini menekankan kebolehpercayaan terhadap kemampuannya menangani pencemaran tritium. Sebenarnya, masih terdapat beberapa banyak elemen yang lebih berisiko dalam insiden Fukushima. Yang lebih membimbangkan adalah beberapa banyak elemen radioaktif yang terkandung dalam air tercemar yang akan dibuang ke laut itu, gagal dikelola secara berkesan.

Melihat lagi air kumbahan hasil operasi normal yang tidak pernah bersentuhan dengan cip bakar nuklear, piawaiannya sejajar dengan kelaziman antarabangsa, lulus dalam pemeriksaan sebelum dilepaskan serta jumlahnya pula lebih rendah daripada yang ditetapkan.

Jepun didesak menghormati ilmu sains dan hakikat, menaati kewajipan antarabangsa dengan bersungguh-sungguh, dan menangani air tercemar nuklear Fukushima dengan cara  lebih saintifik, selamat dan telus. Jika berdegil mendorong pelaksanaan rancangan sebelum ini, Jepun sama dengan meraih pekung busuk ke dadanya.