Korea Utara Bantah Penghantaran Kapal Selam Nuklear AS

2023-07-10 11:53:59  CRI
Share with:

Jurucakap Kementerian Pertahanan Korea Utara mengutuk sekeras-kerasnya keputusan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) untuk menghantar kapal selam nuklear strategik ke perairan tempur sekitar Semenanjung Korea.

Menurut laporan Agensi Berita Pusat Korea Utara hari ini, jurucakap itu turut memberikan amaran kepada pihak AS berkaitan penghantaran kapal selam nuklear itu.