Dua Maut Kes Tembakan di Texas

2023-07-10 11:52:32  CRI
Share with:

Kes tembakan berlaku di sebuah parti di Texas, Amerika Syarikat (AS), mengakibatkan dua maut dan lima lagi cedera, menurut laporan CNN pada Ahad.

Pihak polis tempatan berkata, kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 1.00 awal pagi Ahad. Siasatan sedang dijalankan dan suspek terlibat masih belum ditahan.