Hun Sen Amarkan Jangan Gunakan Bom Kelompok di Ukraine

2023-07-11 15:42:52  CRI
Share with:

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen memberikan amaran kepada Amerika Syarikat sebagai pembekal dan Ukraine sebagai penerima supaya tidak menggunakan bom kluster atas sebab yang ia mampu menjadi ancaman terbesar bagi rakyat Ukraine dalam 100 tahun akan datang.

 

Bom kluster diberi nama bom nuklear kecil sebab mengandung submunisi yang berbentuk besar atau kecil dalam jumlah besar. Setelah bom kluster diledakkan, submunisi akan tersebar ke kawasan yang luas.

 

Dalam Perang Vietnam, AS telah banyak menggunakan bom kluster ini di Kemboja dan Laos. Selain mengakibatkan pemusnahan besar-besaran pada masa itu, bom dalam jumlah sangat besar yang belum meletup(UXO) terus menjadi ancaman bagi keselamatan penduduk negara-negara terbabit hingga hari ini.

 

Malah, sejak 1979, terdapat lebih 20 ribu penduduk Kemboja terbunuh atau cedera ekoran bahan letupan tinggalan tentera AS.

 

Hun Sen menyatakan bahawa negaranya telah berusaha selama 50 tahun, tapi masih gagal menghapuskan ancaman tersebut dengan sempurna. Penderitaan Kemboja patut ditimba oleh negara lain dalam konflik, termasuk Ukraine.

 

Untuk rekod, ketika menjalankan projek mega pembinaan landasan Kereta Api China-Laos, kedua-dua pihak pula khusus menempatkan satu pasukan untuk menghapuskan ancaman bahan letupan dalam perjalanan.

 

Joe Biden telah mengesahkan bantuan senjata kumpulan baharu kepada Ukraine, termasuk bom kluster.

 

Selain Perang Vietnam dan Perang Ukraine, bom kluster juga telah banyak digunakan oleh tentera AS dalam Perang Iraq, Perang Afghanistan dan lain-lain. Berdasarkan statistik, korban dalam letupan bom kluster pada tahun 2021, 97% adalah penduduk awam dan 2/3 antaranya adalah kanak-kanak.

 

Ironinya, pihak AS juga pernah memberi amaran seumpama kepada Rusia, iaitu jangan menggunakan bom kluster dalam perang Ukraine, sebab itu jenayah perang.

 

Bom kluster yang disediakan olah AS kepada Ukraine hanya bukti terkini bahawa perkembangan medan Ukraine buat masa ini berkhidmat untuk agenda politik AS saja, manakala gencatan senjata atau keselamatan penduduk Ukraine dan Rusia sama sekali bukan masalah bagi negara itu.

 

Tidak dinafikan bahawa tercetusnya perang Ukraine memang satu tragedi. Namun, ia bukan perang dunia yang tidak terkawal, dan pelbagai pihak sepatutnya berusaha bersama untuk mewjudkan gencatan senjata seawal mungkin serta mencari penyelesaian politik atas pertikaian yang mengakibatkan konflik.

 

Jadi mengapa AS secara aktif menyediakan “bantuan” kepada Ukraine supaya perang ini berlarutan?

 

Ini mungkin jawapannya.

 

Seawal bulan Mac, Pengarusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Dewan Perwakilan AS, Michael McCaul telah melapor kepada Kongres bahawa antara “bantuan” AS, hanya 20% menjadi dana yang langsung disediakan kepada kerajaan Ukraine, tapi sebanyak 60% diperuntukan untuk tentera AS, syarikat AS dan juga modenisasi rizab minyak AS.

 

Jelas, “bantuan” ini mempunyai agenda yang lebih besar disebaliknya.