China Huraikan Pendirian atas Isu Palestin di Sesi UNHRC

2023-07-11 10:57:15  CRI
Share with:

Situasi tegang di wilayah Palestin yang diduduki meruncing mutakhir ini. Oleh itu, pihak-pihak berkaitan digesa agar menghentikan semua aktiviti di pusat penempatan, berhenti tindakan sepihak yang mengubah status semasa tempat diduduki, dan tindakan sepihak yang memburukkan situasi di wilayah berkenaan.

Demikian dikatakan wakil China ketika berucap pada sesi ke-53 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) pada Isnin.

Beliau menyatakan bahawa isu Palestin telah berlarutan sekian lama. Pendudukan dan pergolakan dalam jangka masa panjang telah menjejaskan perkembangan sosioekonomi Palestin, di samping menceroboh hak asasi rakyat Palestin secara serius.

"China dengan tegas menyokong perjuangan adil rakyat Palestin untuk memulihkan hak kebangsaan mereka yang sah, dan menyokong proses damai Asia Barat.

"China akan terus berusaha untuk mendorong penyelesaian isu Palestin secara komprehensif, adil, dan berkekalan." kata wakil China.